Hijrah
yang pertama tahun 5 kenabian sekadar memberi ruang lebih kurang dua bulan saja
menikmati kebebasan beragama. Itupun hanya untuk 15 orang Sahabat lelaki dan
wanita yang sempat membawa diri keluar dari Makkah sebelum menyeberangi Laut
Merah menuju ke Habsyah.
Bertambah jumlah itu
kemudiannya menjadi 33 orang. Namun propaganda kafir Quraisy Makkah menyebar
berita kononnya situasi di Makkah sudah aman, menggoda rasa mahu pulang para
perantau di bumi Habsyah. Sampai di Makkah, sedarlah mereka bahawa orang-orang
Quraisy cuba memperdaya dan memerangkap mereka.
Awal tahun 7 kenabian,
kaum Muslimin berhijrah lagi. Rasul s.a.w. masih memilih Habsyah sebagai destinasi
kerana rajanya yang baik, tidak membenarkan orang menganiayai orang lain.
Tambahan pula di sana ada sekelompok orang Islam yang sempat melarikan diri
semula selepas pulang dahulu.
Seruan Rasul disambut
101 orang Sahabat – 83 lelaki dan 18 wanita. Lari membawa iman sambil mempromosikan
keindahan agama baru yang cukup menjadi kebencian orang-orang kafir Quraisy.
Lari mencari pelindungan politik di bawah pemerintahan seorang raja beragama
Masihi.
Kejutan
demi kejutan
Sementara itu di
Makkah, bermulalah sekatan ekonomi serta segala urusan dan hal ehwal kemasyarakatan ke
atas Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib. Mereka diasingkan dalam kelompok mereka
sahaja, tidak boleh bercampur dengan orangorang Makkah. Berlalu masa 30 bulan
yang penuh penderitaan, pemulauan akhirnya dibatalkan.
Kemudian berlaku kejutan
lain pula – kematian Abu Talib dan kewafatan Sayidatina Khadijah r.ha. Berlaku kejutan
lagi – Rasul dibaling dengan anak-anak batu semasa membawa dakwah ke Thaif.
Berlaku kejutan lagi dan ia benar-benar di luar batas jangkauan akal Rasulullah
s.a.w. melalui pengalaman paling luar biasa dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Selepas itu
Rasulullah s.a.w. kembali menyebut tentang berhijrah. Tapi kali ini bukan lagi
ke Habsyah… ke Yasrib. Bukan lagi mencari suaka politik tetapi ke arah mengatur
dan membina politik. Yasrib sebenarnya ada pertalian kasih yang sangat rapat
dengan Rasul s.a.w. Moyang perempuan Rasul, Salma binti Amr al-Kharadiyah
seorang business woman terkenal di Yasrib. Berkahwin dengan
moyang lelaki Rasul (Hasyim) yang singgah di Yasrib sekembali dari berniaga di
Syam. Kemudian ikut berpindah ke Makkah. Suatu masa pulang ke kampung halamannya dan melahirkan
seorang anak lelaki di sana. Anak itu diberi nama Syaibah. dari berniaga di Syam.
Selepas Hasyim,
kepimpinan Makkah bertukar ke tangan adiknya, al-Mutalib. Pada usia yang
semakin tua, al-Mutalib teringatkan anak saudaranya di Yasrib. Al-Mutalib cuba mendapatkan
kebenaran kakak iparnya untuk membawa Syaibah ke Makkahbagi mendidiknya dalam
soal-soal kepimpinan.
Hamba
al-Mutalib?
Syaibah berhak ke
atas semua harta ayahnya yang ada di Makkah, termasuklah mewarisi
kepimpinannya. Dengan kebenaran Salma, al-Mutalib pun membawa anak saudaranya
itu ke Makkah. Menyangkakan pemuda yang dibawa oleh al-Mutalib itu hamba yang diperolehi
dari mana-mana tempat, orang-orang Makkah memanggilnya ‘Abdul Mutalib’, yang
bererti hamba kepada al-Mutalib.
Saja ditakut-takutkan orangorang Aus dan Khazraj. Kata mereka, “Sekarang sudah datang masanya seorang Nabi akan lahir. Kami akan ikuti dia dengan dia kami akan perangi kamu seperti pembunuhan atas kaum Aad dan Iram.”
Walaupun berkali-kali
dijelaskan oleh al-Mutalib bahawa pemuda itu anak saudaranya dan bukan
hambanya, namun sebutan Abdul Mutalib seperti tidak mahu tanggal dari bibir
mulut orang-orang Makkah.
Hinggalah akhirnya nama Syaibah langsung tidak dikenali orang melainkan nama
Abdul Mutalib. Dialah datuk Rasulullah s.a.w. Di Yasrib juga bersemadinya
jenazah ayahanda Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ke sana menziarahinya semasa kanak-kanak.
Ada Rasul bercerita kepada beberapa orang Sahabat tentang kunjungan itu semasa
berjalan-jalan bersama mereka di sekitar Madinah (nama Yasrib yang kemudiannya ditukar
oleh Rasul).
PerkembanganYang
Menarik
Selain itu,
perkembangan semasa di Yasrib seperti sedang memperuntukkan ruang yang cukup
baik untuk Rasul s.a.w. tampil ke muka. Sekali gus merintis laluan yang tidak
sesukar di Makkah atau Thaif. Turning pointnya ialah perang saudara yang
baru saja tamat antara dua etnik terbesar Yasrib; Aus dan Khazraj. Perang yang
apikecilnya dinyalakan dan dimarakkan oleh jiran mereka, orang-orang Yahudi.
Selepas perang tamat,
di kalangan golongan berpengaruh dari keduadua suku yang sebenarnya bertalian kerabat
itu mula terfikir betapa sangat pentingnya kedamaian yang berpanjangan. Tidak
ada peperangan sesama sendiri. Barangkali situasi demikian boleh dinikmati
sekiranya mereka memiliki seorang pemimpin tertinggi.
Pemimpin yang
melebihi kuasa dan pengaruhnya daripada ketua-ketua suku mereka. Agar kehidupan
merekaakan menjadi lebih baik dan terurus. Tidak ada celah untuk anasir luar
yang cuba memecah-belahkan perpaduan mereka.
Lalu dinamakan
Abdullah bin Ubay (orang Khazraj) sebagai calon pilihan. Selain dengan maksud
hendak mengambil hati orang-orang Khazraj yang kalah perang, Abdullah bin Ubay tidak
ikut serta dalam perang saudara. Mungkin dengan dua sebab istimewa itu mampu
meraih persetujuan ramai. Sementara itu dalam senario yang lain, orang Yasrib
semakin ghairahbercakap tentang Nabi yang sudah muncul di Makkah. Beberapa
orang pemuda di kalangan mereka telah bertemu Nabi itu semasa ke Makkah sebelum
perang saudara meletus dahulu. Seorang di antara mereka berama Iyasbin Muaz,
terus menerima seruan yang disampaikan tanpa bertangguh lagi.
Iyas pulang ke Yasrib
membawa perkhabaran menggemparkan itu. Namun masa yang tidak kena (mood
perang) menyebabkan cerita yang dibawanya kurang mendapat sambutan. Pun tetap
menjadi perhatian kerana ia sangat menyedarkan mereka. Cerita tentang Nabi itu
sudah selalu sangat mereka dengar sebenarnya.
![]() |
Setiap pilihan datang daripada Allah Kredit foto: Google Images |
Orang-orang Yahudi
yang menjadi jiran-jiran mereka selalu bercakapmengenai Nabi tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila berlaku pertengkaran panjang dengan mereka (orang
Yahudi). Saja ditakut-takutkan orang-orang Aus dan Khazraj. Kata mereka,
“Sekarang sudah datang masanya seorang Nabi akan lahir. Kami akan ikuti dia dan
dengan dia kami akan perangi kamu seperti pembunuhan atas kaum Aad dan Iram.”
Nabi yang digambarkan
oleh orangorang Yahudi itu sebagai seorang pemimpin yang sangat bersikap pembela.
Sentiasa menjaga dan melindungi para pengikutnya. Nabi yang tidak mahu melihat
umat hidup dalam sengketa atau penindasan. Kalau mereka menerima seruan yang
dibawa oleh Nabi itu, sudah tentu keselamatan mereka akan dijamin. Nabi itu
sudah pun muncul dan berada di Makkah. Pada musim haji tahun 11 kenabian, datang
lagi tujuh orang pemuda Khazraj ke Makkah untuk mengerjakan haji. Seperti
biasa, musim haji dipergunakan sepenuhnya oleh Rasulullah s.a.w. menyampaikan
dakwahnya kepada orang-orang dari luar Makkah. Menyeru kepada agama Islam
sambil memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Inilah
Orangnya!
Sebaik saja mendengar
seruan dan dakwah Rasululullah s.a.w., tercengang orang-orang Khazraj itu. Saling
berpandangan sesama mereka. Benar! Inilah orangnya. Dialah Nabi yang selalu
disebut-sebutkan oleh orang-orang Yahudi kepada mereka. “Jangan sampai
orang-orang Yahudi mendahului kita menerima seruan Nabi mulia ini,” kata
seorang di antara tujuh pemuda itu.
Pulang mereka ke
Yasrib membawa semangat dan harapan yang sangat besar untuk orang-orang Arab
Aus dan Khazraj di tanah bertuah itu. Dan bagai dibuai rindu yang cukup menggoncang
perasaan tatkala mendengar berita yang dibawa oleh tujuh orang pemuda itu. Kerinduan
yang perlahan-lahan mula bersemi dari cerita orang-orang Yahudi yang memang
terkenal mempunyai pengetahuan tentang al-Kitab. Kemudian disuburkan pula
dengan cerita Iyas bin Muaz, dan kini menjadi semakin teguh merendang apabila
tujuh orang pemuda itu juga mempersembahkan anekdot cerita yang serupa.
Atas dorongan iman
dan tauhid yang tulus kepada Allah dan Rasul, tujuh pemuda itu menyebarkan pula
apa yang telah mereka terima dari Rasulullah s.a.w. Seruan diterima dengan hati
terbuka; seperti orang yang sudah lama dilanda kemarau mendapat hujan yang mencurah-curah.
Begitu rupanya Allah
s.w.t. mempersiapkan laluan hijrah yang bakal dilalui oleh kekasih-Nya. Di sepanjang
laluan itu nanti, ada banyak babak dan cerita yang cukup menarik dihayati. Ada
ramai pengikut dan pencinta yang bersedia memberi taat dan bakti. Ada ruang
yang sangat luas untuk Islam tidak lagi dikhianati. Tunggulah… tinggal beberapa
tahun saja lagi! ✻
“Aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku takkan
menyalahi perintah-Nya dan Dia takkan menyia-nyiakan aku.” – kata-kata Rasulullah s.a.w. ketika ditanya oleh
Sayidina Umar r.a. mengenai salah satu syarat dalam perjanjian Hudaibiyah
yang dirasakan merugikan kaum Muslimin. Memang Allah tidak siasiakan Nabi
dan kekasih-Nya. Ternyata, perjanjian itu banyak menguntungkan kaum Muslimin.
No comments:
Post a Comment