Belum pernah penduduk Makkah dipanggil secara rasmi begitu,
maka tentulah ada perkara yang sangat mustahak hendak disampaikan oleh lelaki
yang mereka gelar Al-Amin itu.
“Kalau
orang-orang Arab mula menentang kamu disebabkan Muhammad, hinalah kamu kalau kamu
membiarkan sahaja. Tetapi kalau melawan pasti kamu akan kalah!”
Ucapan dilontarkan dengan kekuatan suara yang menyakitkan telinga, tanda kemarahan sedang membuak-buak. Namun sejurus sahaja, suara tempikan itu pantas dibalas dengan seruan yang hampir sama juga nadanya. “Hei! Abu Lahab! Suka sungguh engkau menghina anak saudaramu. Bukankah dia cucu yang paling disayangi ayahmu?”
Semua tertegun. Tidak menduga ada yang berani menentang. Apatah pula oleh seorang wanita.
“Demi Allah! Semua orang yang tahu telah mengatakan bahawa akan keluar daripada keturunan Abdul Mutalib seorang nabi. Muhammad inilah orangnya.”

“Tidak.
Itu cakap-cakap kosong, Safiyah. Cakap orang perempuan,” bangkang Abu Lahab
dengan kemarahan yang makin menjadi-jadi. Tercabar egonya apabila saranannya dibantah oleh saudara perempuannya sendiri
“Kalaulah
seluruh kaum Quraisy dan semua suku Arab menentangnya, kita tidak ada kekuatan
untuk menghadapi mereka,” kata Abu Lahab lagi, terus menghasut khalayak yang ada.
![]() |
Bukit bersejarah bagi umat manusia |
“Demi
Allah, wahai Abu Lahab!” tiba-tiba bangkit pula Abu Talib. “Kami akan terus
membelanya selama kami masih hidup.” Terkedu Abu Lahab mendengar sumpah ikrar
dari mulut abangnya itu. Terasa seakan hilang segala kekuatannya. Tidak sanggup
dia hendak bersuara lagi.
*
* * * * * * *
Dataran lapang di kaki Bukit Safa dekat Masjidil Haram semakin sesak dengan orang ramai. Sesuatu yang menarik sedang berlaku. Lelaki yang digelar Al-Amin oleh penduduk Makkah kerana kejujuran dan kebenaran kata-katanya mahu bertemu dengan mereka, memanggil seluruh warga Makkah berkumpul di kaki Bukit Safa.
Belum
pernah penduduk Makkah dipanggil secara rasmi begitu. Tentu ada perkara yang
sangat mustahak hendak disampaikan. Lalu masingmasing tidak mahu ketinggalan menghadirkan
diri dalam pertemuan bersejarah itu. Mahu mendengar apakah yang hendak
diberitahu oleh ‘Al-Amin’ mereka.
“Ada
perkara apa, Muhammad … engkau memanggil kami semua ke mari?” tanya seorang
lelaki bertubuh tinggi.
“Wahai Bani Abdul Mutalib! Wahai Bani Fihr! Wahai Bani Lu'ai! Beritahu aku, sekiranya aku katakan kepada kamu ada pasukan berkuda di kaki bukit mahu menyerang kamu, adakah kamu percaya?”*
“Ya.
Kami percaya,” jawab orang ramai.
“Kau
tidak pernah berdusta,” tambah yang lain pula.
Sambil menyeluruhi khalayak yang hadir dengan pandangan yang penuh pengharapan, Nabi Muhammad SAW bersuara, “Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku ini adalah rasul yang memberi peringatan kepada kamu sebelum datangnya azab Allah yang maha dahsyat.”**

Tercengang
semua yang mendengar itu. Langsung tidak faham apa sebenarnya
yang dimaksudkan. Belum pernah mereka mendengar ucapan sebegitu.
Cukup ganjil. Kecuali segelintir mereka yang telah pun beriman dengan Nabi
SAW.
“Wahai
Bani Kaab bin Luay! Selamatkan diri kamu daripada neraka. Wahai Bani Murrah!
Selamatkan diri kamu daripada neraka. Wahai Bani Abdu Shams! Selamatkan diri kamu daripada
neraka. Wahai Bani Hasyim! Selamatkan diri kamu daripada neraka. Wahai Bani Abdul Mutalib! Selamatkan diri kamu daripada neraka.”***
“Wahai Fatimah binti Muhammad! Selamatkan diri kamu daripada neraka. Sesungguhnya aku tiada memiliki sebarang kuasa untuk membelamu daripada azab Allah. Melainkan kamu mempunyai tali persaudaraan (Islam) yang aku kuatkan hubungan itu.”****

“Hei!
Adakah untuk ini engkau mengumpulkan kami?” Satu tempikan kuat memecahkan suasana. Seorang lelaki dengan wajah yang sarat dengan kemarahan
melangkah masuk ke tengah majlis dan terus ke depan, mahu mendapatkan Nabi
Muhammad SAW.
“Binasalah engkau sepanjangpanjang hari ini!” kutuknya dengan keras sambil menunjal-nunjalkan tangannya ke arah Nabi Muhammad SAW. Tidak menghiraukan orang ramai yang memandangnya dengan pandangan hairan dan terkejut. Malah dengan renungan kemarahan sekali pun.

Terdiam
Nabi ditengking begitu. Tidak menyangka baginda akan dimarahi sampai begitu
sekali. Bukan orang lain tetapi bapa saudara baginda sendiri, Abu Lahab.
Penentangan Abu Lahab kali ini lebih hebat lagi daripada yang telah dilakukannya
dalam dua pertemuan keluarga tempoh hari.
Selepas kejadian yang menyayat hati itu, turunlah firman Allah iaitu surah al-Lahab yang mengutuk tindakan Abu Lahab. Turut terkena kutukan itu ialah isteri Abu Lahab yang digelar Ummu Jamil. Bertambah-tambah kemarahan dan kebencian Abu Lahab kepada anak saudaranya.
* Bukhari Muslim ** Bukhari Muslim *** Sahih Muslim **** Bukhari Muslim

No comments:
Post a Comment