Tentang Saya

Saya menceburkan diri dalam bidang penulisan secara sepenuh masa apabila dilantik menjadi editor majalah ASUH terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. sejak awal penerbitannya (1997). Sebelum ini saya membesar di sebuah tanah rancangan Felda di Pahang.

Minat yang mendalam terhadap dunia penulisan membawa saya untuk aktif menulis. Percubaan saya yang pertama adalah menghidangkan kepada pembaca  dengan Sirah Rasulullah SAW (Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah) melalui pendekatan kreatif.

Alhamdulillah novel sirah tersebut diterima baik. Selepas terbit sirah Rasullah yang pertama, saya menulis pula Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah 2.

Kini saya hadir dengan buah tangan terbaharu iaitu, Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah 3. Insya-Allah saya akan meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasullullah SAW menerusi genre novel.

Jangan lupa dapatkan karya saya dengan KLIK DI SINI.

No comments:

Post a Comment