Riak muka Kota Makkah
belum menampakkan reaksi mencurigakan, meski semakin ramai warganya yang menukar
kepercayaan. Barangkali belum begitu menyedarinya lagi lantaran taktik seruan
yang masih bergerak secara senyap dan rahsia, tidak banyak menimbulkan masalah.
Sebaliknya lebih
memberi kesedaran serta membuka ruang diskusi mencari kejelasan sebelum membuat
keputusan. Dan keputusan adalah dengan rela hati, tanpa keraguan atau
kesangsian lagi – Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah
selain Allah, dan aku bersaksi bahawa engkau wahai Muhammad adalah Rasul utusan
Allah!
Nabi s.a.w. melihat
satu perkembangan yang penuh rahmat. Dakwah begitu cepat tersebar kerana semua
orang mahu turut berperanan. Tauhid yang baru saja tumbuh di dalam hati, cuba
ditumbuhkan pula di dalam hati rakan terdekat atau ahli kerabat.
Sepanjang hampir tiga
tahun berlalu masa, Abu Bakar adalah orang yang paling ketara usahanya.
Gembiranya Nabi
mendapat tahu lebih dua puluh orang telah di-Islamkan oleh sahabat setianya
itu. Malah di peringkat awalnya lagi, di tangan Abu Bakar jugalah Islamnya
seorang lelaki yang telah membenarkan rumahnya menjadi markaz gerakan
perjuangan Nabi s.a.w. Memang kenalah dengan sifat dan kelebihan Abu Bakar. Kata-katanya
mudah didengar dan diterima orang.
Ketenangan dan
bahagia yang meresap ke seluruh jiwa kesan akidah yang baru diimani tiba-tiba
dikocak resah. Dan benak pun ditumbuhi tanda tanya yang tidak berjawab. Apakah sebenarnya
yang sedang berlaku? Adakah ia membawa petanda untuk suatu hal yang lain pula?
Hal yang baik atau yang sebaliknya?
Tenggelam timbul
pertanyaan sesama sendiri. Tak sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w. kerana sudah
lama benar baginda tidak menampakkan kelibatnya. Malah yang hendak diketahui
sangat, kenapa Nabi seperti menyembunyikan diri? Atau sebenarnya sedang
sakitkah Nabi? “Aku tak sakit,” beritahu Nabi yang dikunjungi beberapa orang
kerabat wanita, bertanyakan kesihatan Nabi. “Kenapa sudah lama kami tak nampak
tuan di luar?”
“Aku perlu
membanyakkan masaku dengan Allah Taala. Menguatkan lagi hubunganku dengan-Nya.
Aku sedang mengumpul kekuatan kerana pekerjaanku selepas ini sangat berat.”
“Sebenarnya… kenapa tuan?” pertanyaan menuntut Nabi memberikan penjelasan yang
lebih terang.
“Aku telah mendapat
perintah dari Allah Taala,” jelas Nabi s.a.w. “Dakwah ini tidak boleh lagi
disampaikan secara senyap-senyap. Tetapi hendaklah disebarkan secara meluas dan
terbuka.”
“Apa yang tuan nak
buat?” tanya yang lain pula.
“Aku bercadang hendak
mengumpulkan seluruh anak cucu Abdul Mutalib dan mengajak mereka beriman kepada
Allah,” kata Nabi. “Ada baiknya tuan tidak menjemput Abu Lahab. Pasti dia akan
menentang usaha tuan itu nanti,” seorang lagi ahli kerabat Nabi Muhammad s.a.w.
memberikan pandangan.
“Tak apa, memang
tugasku menyampaikan risalah Allah,” sambut Nabi tenang dan tersenyum.
Jamuan
Keluarga
Nabi Muhammad s.a.w.
mengadakan jamuan di rumahnya. Baginda menjemput kaum kerabatnya dari Bani
Abdul Mutalib berjumlah seramai sekitar 40 orang. Abu Lahab pun hadir sama.
Pada kesempatan waktu, Nabi pun menyampaikan dakwah baginda kepada khalayak
yang ada.
Tetapi baru sedikit
bersuara, Abu Lahab lebih dulu berteriak, “Muhammad! Apakah kerana ini engkau
kumpulkan kami di sini? Belum pernah aku lihat seorang yang datang kepada
kaumnya membawa sesuatu yang lebih jahat dari yang kau bawa.”
Terpinga-pinga yang
lain melihat kelakuan biadab Abu Lahab. Tergamak dia berbuat begitu kepada anak
saudaranya sendiri di hadapan orang ramai. Abu Lahab cuba hendak menjatuhkan
maruah Nabi. Tetapi baginda s.a.w. tenang sahaja, tidak berkata apa-apa lagi.
![]() |
Pelengkap kehidupan |
Nabi masih menghormati
bapa saudaranya itu. Tergendala usaha pertama, Nabi s.a.w. cuba sekali lagi.
Jamuan yang lebih besar dan kehadiran yang lebih ramai. Membiarkan dahulu
majlis berjalan dalam kemeriahan, barulah Nabi mengambil kedudukan. Berharap sungguh
apa yang akan disampaikan mahu didengar terlebih dulu, sebelum menerima atau
menolak.
Tenang tetapi tetap
berhati-hati Nabi s.a.w. pun memulakannya, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia. Aku ini adalah Rasulullah, khusus kepada kamu dan umumnya kepada
sekelian manusia. Demi Allah, kamu akan mati sepertimana kamu tidur.
“AKU TELAH MENDAPAT PERINTAH DARI ALLAH TAALA,” JELAS NABI S.A.W. “DAKWAH INI TIDAK BOLEH LAGI DISAMPAIKAN SECARA SENYAPSENYAP. TETAPI HENDAKLAH DISEBARKAN SECARA MELUAS DAN TERBUKA.”
“Kemudian kamu akan
dibangkitkan daripada mati sepertimana kamu diangkitkan daripada tidur. Setelah
itu kamu akan diperhitungkan terhadap segala apa yang telah kamu lakukan. Yang baik
dibalas baik dan yang tidak baik dibalas dengan yang tidak baik iaitu syurga
selamanya atau neraka selamanya.”
Nabi s.a.w. diam
sebentar melihat reaksi kaum kerabat yang hadir. Melihatkan hadirin seperti
terpukau dengan apa yang baru mereka dengar, Nabi tidak mensia-siakan masa.
Seraya menarik nafas mahu melontarkan suara, tiba-tiba lebih dahulu dicegat
pekikan seseorang.
“Tangkap Muhammad!
Tangkap dia sebelum orang lain menangkapnya!” Tetapi tidak ada yang bergerak.
Masih terpinga-pinga dengan kekecohan yang tiba-tiba muncul di tengah tengah
majlis yang harmoni
itu. ✻
M A C 2 0 0 7 :: 9
Lebih kurang 40 bulan
Nabi s.a.w. menggunakan rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai pusat dakwah baginda.
Kemudian turun wahyu ayat 214 Surah asy-Syu’ara yang menyuruh Nabi menyampaikan
dakwah secara terbuka untuk kaum kerabat – “Dan dan berilah perintan kepada
kerabat kerabatmu yang dekat.”
“AKU TELAH
MENDAPAT
PERINTAH DARI
ALLAH TAALA,”
JELAS NABI S.A.W.
“DAKWAH INI
TIDAK BOLEH LAGI
DISAMPAIKAN
SECARA SENYAPSENYAP.
TETAPI
HENDAKLAH
DISEBARKAN
SECARA MELUAS
DAN TERBUKA
No comments:
Post a Comment