Dialah orang yang pertama sekali dikunjungi Nabi Muhammad s.a.w. selepas peristiwa besar di Gua Hira’.
“Selimutkan
aku. Selimutkan aku,” seru Nabi Muhammad s.a.w. Seluruh anggotanya menggigil diserang
seram sejuk. Belum pernah baginda mengalami pengalaman yang sedemikian aneh.
Hingga terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menenangkannya.
Sayidatina Khadijah
r.ha mengambil sehelai selimut tebal lalu menyelimutkan suaminya itu.
Dia duduk di sisi
suaminya, menemani hingga suaminya pulih kembali. Mengusap-ngusap bahu suaminya
dengan penuh kasih. Nabi Muhammad s.a.w. menyandarkan tubuhnya ke dada isteri
baginda yang sangat setia lagi penyayang itu. Setelah agak tenang, Nabi
Muhammad s.a.w. pun menceritakan peristiwa yang berlaku di Gua Hira’ tadi.
Sayidatina Khadijah mendengar penuh minat dan teliti. Tetapi sedikit pun tidak
terlihat pada raut wajah Sayidatina Khadijah tanda-tanda cemas atau terkejut,
walaupun apa yang dilalui oleh suaminya itu sangat luar biasa.
|
Sebagai isteri,
Sayidatina Khadijah faham benar tugas dan peranannya. Dia tidak boleh turut
menampakkan kebimbangannya. Sebaliknya mesti bertindak bijaksana dengan
bersikap tenang bagi mengawal keadaan.
|
Sekali gus membantu memulihkan semula
semangat dan kekuatan jiwa suaminya. Itulah yang dilakukannya.
“Aku cemas tentang
diriku ini,” kata Nabi Muhammad sambil berpaling mencari wajah isteri baginda.
“Tidak,” jawab
Sayidatina Khadijah r.ha, tersenyum. “Demi Allah… Dia tidak akan menghinakan
tuan kerana tuan orang yang suka menghubungkan silaturrahim, membantu orang
yang susah,
memberi makan tetamu, menolong anak-anak yatim dan suka membuat kerja-kerja
kebajikan.”
Tersungging senyuman Nabi
Muhammad mendengar kata-kata itu. Serasa semangat kuat kembali. Melihat keadaan
suaminya yang seperti keletihan, Sayidatina Khadijah mengerti apa yang harus
dilakukan. Dibiarkan suaminya meredakan kepenatan dalam istirahat. Tak ada apa yang
hendak didesak.
Sementara Nabi Muhammad s.a.w. berehat,
Sayidatina Khadijah r.ah ke rumah Waraqah bin Naufal, seorang tua penganut
agama Nasrani. Waraqah mahir tentang agamanya. Dia banyak membaca dan mengkaji
kitab-kitab agama Nasrani. Mungkin Waraqah lebih tahu tentang peristiwa yang
baru berlaku ke atas diri Nabi Muhammad. Sebagai penganut agama Nasrani yang
berpegang kuat pada kitabkitab suci agamanya, Waraqah tidak ketinggalan
mengikuti perkembangan bahawa akan munculnya seorang nabi lagi selepas Nabi Isa
a.s. Nabi itu adalah nabi yang terakhir. Semua perkhabaran mengenainya sudah
diberitahu di dalam kitab-kitab suci Nasrani.
Sayidatina Khadijah tidak berasa keberatan
hendak menceritakan segala yang dilalui suaminya kerana Waraqah adalah
sepupunya sendiri. Perkara yang ingin sangat ditanyakan kepada Waraqah ialah
berkenaan seruan yang didengari oleh suaminya sewaktu keluar dari Gua Hira’.
Kata suaminya, dia mendengar suara berseru, “Wahai Muhammad! Engkau adalah
Rasul Allah, dan aku adalah Jibril.”
Nabi Muhammad s.a.w. mendongak ke
langit. Baginda melihat Malaikat Jibril a.s. dalam rupa seorang lelaki sedang
berdiri. Kedua-dua belah kakinya di ufuk langit. Malaikat Jibril berseru sekali
lagi dengan seruan yang sama. Apabila Nabi Muhammad berpaling ke arah lain,
baginda tetap juga melihat Malaikat Jibril. Ke mana saja Nabi Muhammad menoleh,
di situ ada Malaikat Jibril.
“Yang datang
menemui suamimu itu adalah malaikat. Malaikat yang sama menemui Nabi Musa,”
jelas Waraqah dengan wajah yang berseriseri berseriseri sebaik saja Sayidatina Khadijah selesai
bercerita. “Muhammad akan menjadi nabi bagi umat kita. Beritahu kepadanya
supaya bertenang.” Sejurus Waraqah tertunduk menahan perasaan yang bergetar di dalam
dada. Gembira, sebak dan terharu. Nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan di
dalam kitab-kitab suci Nasrani sedang berada di dalam lingkungan keluarganya
sendiri. Nabi itu menjadi suami kepada sepupunya, Sayidatina Khadijah r.ha.
Cuma sayang sekali, Waraqah tidak
berpeluang menatap wajah insan mulia pilihan Allah itu. Jika sekadar keadaan
fizikalnya yang sudah tua dan semakin uzur, dia tetap berusaha menggagahkan
dirinya pergi bertemu Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi Waraqah cacat penglihatan.
Tidak dapat melihat apa-apa.
“WARAQAH MENCIUM DI TENGAH-TENGAH KEPALA NABI MUHAMMAD S.A.W. BERGENANG AIR MATA KEGEMBIRAANNYA. ORANG YANG DITUNGGU-TUNGGU SELAMA INI TELAH PUN DITEMUINYA.”
Sayidatina Khadijah seperti dapat
memahami perasaan sepupunya itu. Dia pulang untuk memberitahu suaminya perkara
penting yang baru diterimanya dari Waraqah. Dan mengajak suaminya datang bertemu
Waraqah. Tentu banyak lagi perkara yang hendak dicakapkan oleh Waraqah.
Kedatangan semula Sayidatina Khadijah
bersama suaminya disambut oleh Waraqah dengan kegembiraan. Cukup bertuah kerana
Nabi Muhammad datang ke rumahnya. Dialah orang yang pertama sekali dikunjungi
oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda ditabalkan dengan rasminya menjadi Rasul
Allah.
“Demi Allah yang memegang
nyawaku, kamulah nabi umat ini. Yang datang kepadamu ialah malaikat yang telah
datang kepada Musa,” Waraqah mengulangi keterangan yang telah disampaikan
kepada Sayidatina Khadijah, selepas mendengar semula cerita dari mulut Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri. Puas rasanya dapat mendengar dari mulut yang empunya diri.
“Tuan pasti akan didustakan
orang. Tuan pasti akan disakiti orang. Tuan pasti akan diusir orang dan tuan
pasti akan diperangi mereka,” sambungnya lagi. Tetapi nada ucapannya itu tidak lagi
ceria dan bersemangat. Lebih berbaur kesedihan.
“Apakah saya akan diusir?” tanya Nabi
Muhammad s.a.w.
“Ya. Kalaulah ditakdirkan aku masih
hidup pada masa itu, aku akan menolongmu dengan pertolongan yang sesungguh-sungguhnya,”
kata Waraqah sambil tertunduk menahan sebak. Terasa sayu hatinya mengenangkan Nabi
Muhammad yang akan dimusuhi oleh kaumnya sendiri kelak.
|
Di celah-celah kejahilan muncul seorang juara |
Perlahan-lahan Waraqah mendekati
Nabi Muhammad, menyuruh baginda tunduk sedikit. Lalu Waraqah mencium di
tengah-tengah kepala Nabi Muhammad s.a.w. Bergenang air mata kegembiraannya.
Orang yang ditunggu-tunggu selama ini telah pun ditemuinya. Dan dialah orang
yang pertama mencium kepala insan mulia itu.