Thursday 24 January 2013

Tangkap Muhammad!


Riak muka Kota Makkah belum menampakkan reaksi mencurigakan, meski semakin ramai warganya yang menukar kepercayaan. Barangkali belum begitu menyedarinya lagi lantaran taktik seruan yang masih bergerak secara senyap dan rahsia, tidak banyak menimbulkan masalah.

Sebaliknya lebih memberi kesedaran serta membuka ruang diskusi mencari kejelasan sebelum membuat keputusan. Dan keputusan adalah dengan rela hati, tanpa keraguan atau kesangsian lagi – Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa engkau wahai Muhammad adalah Rasul utusan Allah!

Nabi s.a.w. melihat satu perkembangan yang penuh rahmat. Dakwah begitu cepat tersebar kerana semua orang mahu turut berperanan. Tauhid yang baru saja tumbuh di dalam hati, cuba ditumbuhkan pula di dalam hati rakan terdekat atau ahli kerabat.



 Sepanjang hampir tiga tahun berlalu masa, Abu Bakar adalah orang yang paling ketara usahanya.

Gembiranya Nabi mendapat tahu lebih dua puluh orang telah di-Islamkan oleh sahabat setianya itu. Malah di peringkat awalnya lagi, di tangan Abu Bakar jugalah Islamnya seorang lelaki yang telah membenarkan rumahnya menjadi markaz gerakan perjuangan Nabi s.a.w. Memang kenalah dengan sifat dan kelebihan Abu Bakar. Kata-katanya mudah didengar dan diterima orang.

Ketenangan dan bahagia yang meresap ke seluruh jiwa kesan akidah yang baru diimani tiba-tiba dikocak resah. Dan benak pun ditumbuhi tanda tanya yang tidak berjawab. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Adakah ia membawa petanda untuk suatu hal yang lain pula? Hal yang baik atau yang sebaliknya?

Tenggelam timbul pertanyaan sesama sendiri. Tak sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w. kerana sudah lama benar baginda tidak menampakkan kelibatnya. Malah yang hendak diketahui sangat, kenapa Nabi seperti menyembunyikan diri? Atau sebenarnya sedang sakitkah Nabi? “Aku tak sakit,” beritahu Nabi yang dikunjungi beberapa orang kerabat wanita, bertanyakan kesihatan Nabi. “Kenapa sudah lama kami tak nampak tuan di luar?”

“Aku perlu membanyakkan masaku dengan Allah Taala. Menguatkan lagi hubunganku dengan-Nya. Aku sedang mengumpul kekuatan kerana pekerjaanku selepas ini sangat berat.” “Sebenarnya… kenapa tuan?” pertanyaan menuntut Nabi memberikan penjelasan yang lebih terang.

“Aku telah mendapat perintah dari Allah Taala,” jelas Nabi s.a.w. “Dakwah ini tidak boleh lagi disampaikan secara senyap-senyap. Tetapi hendaklah disebarkan secara meluas dan terbuka.”

“Apa yang tuan nak buat?” tanya yang lain pula.

“Aku bercadang hendak mengumpulkan seluruh anak cucu Abdul Mutalib dan mengajak mereka beriman kepada Allah,” kata Nabi. “Ada baiknya tuan tidak menjemput Abu Lahab. Pasti dia akan menentang usaha tuan itu nanti,” seorang lagi ahli kerabat Nabi Muhammad s.a.w. memberikan pandangan.

“Tak apa, memang tugasku menyampaikan risalah Allah,” sambut Nabi tenang dan tersenyum.

Jamuan Keluarga

Nabi Muhammad s.a.w. mengadakan jamuan di rumahnya. Baginda menjemput kaum kerabatnya dari Bani Abdul Mutalib berjumlah seramai sekitar 40 orang. Abu Lahab pun hadir sama. Pada kesempatan waktu, Nabi pun menyampaikan dakwah baginda kepada khalayak yang ada.

Tetapi baru sedikit bersuara, Abu Lahab lebih dulu berteriak, “Muhammad! Apakah kerana ini engkau kumpulkan kami di sini? Belum pernah aku lihat seorang yang datang kepada kaumnya membawa sesuatu yang lebih jahat dari yang kau bawa.”

Terpinga-pinga yang lain melihat kelakuan biadab Abu Lahab. Tergamak dia berbuat begitu kepada anak saudaranya sendiri di hadapan orang ramai. Abu Lahab cuba hendak menjatuhkan maruah Nabi. Tetapi baginda s.a.w. tenang sahaja, tidak berkata apa-apa lagi.

Pelengkap kehidupan

Nabi masih menghormati bapa saudaranya itu. Tergendala usaha pertama, Nabi s.a.w. cuba sekali lagi. Jamuan yang lebih besar dan kehadiran yang lebih ramai. Membiarkan dahulu majlis berjalan dalam kemeriahan, barulah Nabi mengambil kedudukan. Berharap sungguh apa yang akan disampaikan mahu didengar terlebih dulu, sebelum menerima atau menolak.

Tenang tetapi tetap berhati-hati Nabi s.a.w. pun memulakannya, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Aku ini adalah Rasulullah, khusus kepada kamu dan umumnya kepada sekelian manusia. Demi Allah, kamu akan mati sepertimana kamu tidur.

“AKU TELAH MENDAPAT PERINTAH DARI ALLAH TAALA,” JELAS NABI S.A.W. “DAKWAH INI TIDAK BOLEH LAGI DISAMPAIKAN SECARA SENYAPSENYAP. TETAPI HENDAKLAH DISEBARKAN SECARA MELUAS DAN TERBUKA.”


“Kemudian kamu akan dibangkitkan daripada mati sepertimana kamu diangkitkan daripada tidur. Setelah itu kamu akan diperhitungkan terhadap segala apa yang telah kamu lakukan. Yang baik dibalas baik dan yang tidak baik dibalas dengan yang tidak baik iaitu syurga selamanya atau neraka selamanya.”

Nabi s.a.w. diam sebentar melihat reaksi kaum kerabat yang hadir. Melihatkan hadirin seperti terpukau dengan apa yang baru mereka dengar, Nabi tidak mensia-siakan masa. Seraya menarik nafas mahu melontarkan suara, tiba-tiba lebih dahulu dicegat pekikan seseorang.

“Tangkap Muhammad! Tangkap dia sebelum orang lain menangkapnya!” Tetapi tidak ada yang bergerak. Masih terpinga-pinga dengan kekecohan yang tiba-tiba muncul di tengah tengah majlis yang harmoni
itu.
M A C 2 0 0 7 :: 9
Lebih kurang 40 bulan Nabi s.a.w. menggunakan rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai pusat dakwah baginda. Kemudian turun wahyu ayat 214 Surah asy-Syu’ara yang menyuruh Nabi menyampaikan dakwah secara terbuka untuk kaum kerabat – “Dan dan berilah perintan kepada kerabat kerabatmu yang dekat.”
“AKU TELAH
MENDAPAT
PERINTAH DARI
ALLAH TAALA,”
JELAS NABI S.A.W.
“DAKWAH INI
TIDAK BOLEH LAGI
DISAMPAIKAN
SECARA SENYAPSENYAP.
TETAPI
HENDAKLAH
DISEBARKAN
SECARA MELUAS
DAN TERBUKA

No comments:

Post a Comment