Wednesday 30 January 2013

HIJRAH: Yasrib Pilihan Allah


Hijrah yang pertama tahun 5 kenabian sekadar memberi ruang lebih kurang dua bulan saja menikmati kebebasan beragama. Itupun hanya untuk 15 orang Sahabat lelaki dan wanita yang sempat membawa diri keluar dari Makkah sebelum menyeberangi Laut Merah menuju ke Habsyah.

Bertambah jumlah itu kemudiannya menjadi 33 orang. Namun propaganda kafir Quraisy Makkah menyebar berita kononnya situasi di Makkah sudah aman, menggoda rasa mahu pulang para perantau di bumi Habsyah. Sampai di Makkah, sedarlah mereka bahawa orang-orang Quraisy cuba memperdaya dan memerangkap mereka.

Awal tahun 7 kenabian, kaum Muslimin berhijrah lagi. Rasul s.a.w. masih memilih Habsyah sebagai destinasi kerana rajanya yang baik, tidak membenarkan orang menganiayai orang lain. Tambahan pula di sana ada sekelompok orang Islam yang sempat melarikan diri semula selepas pulang dahulu.

Seruan Rasul disambut 101 orang Sahabat – 83 lelaki dan 18 wanita. Lari membawa iman sambil mempromosikan keindahan agama baru yang cukup menjadi kebencian orang-orang kafir Quraisy. Lari mencari pelindungan politik di bawah pemerintahan seorang raja beragama Masihi.

Kejutan demi kejutan
Sementara itu di Makkah, bermulalah sekatan ekonomi serta segala urusan dan hal ehwal kemasyarakatan ke atas Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib. Mereka diasingkan dalam kelompok mereka sahaja, tidak boleh bercampur dengan orangorang Makkah. Berlalu masa 30 bulan yang penuh penderitaan, pemulauan akhirnya dibatalkan.

Kemudian berlaku kejutan lain pula – kematian Abu Talib dan kewafatan Sayidatina Khadijah r.ha. Berlaku kejutan lagi – Rasul dibaling dengan anak-anak batu semasa membawa dakwah ke Thaif. Berlaku kejutan lagi dan ia benar-benar di luar batas jangkauan akal Rasulullah s.a.w. melalui pengalaman paling luar biasa dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Selepas itu Rasulullah s.a.w. kembali menyebut tentang berhijrah. Tapi kali ini bukan lagi ke Habsyah… ke Yasrib. Bukan lagi mencari suaka politik tetapi ke arah mengatur dan membina politik. Yasrib sebenarnya ada pertalian kasih yang sangat rapat dengan Rasul s.a.w. Moyang perempuan Rasul, Salma binti Amr al-Kharadiyah seorang business woman terkenal di Yasrib. Berkahwin dengan moyang lelaki Rasul (Hasyim) yang singgah di Yasrib sekembali dari berniaga di Syam. Kemudian ikut berpindah ke Makkah. Suatu masa pulang ke kampung halamannya dan melahirkan seorang anak lelaki di sana. Anak itu diberi nama Syaibah.  dari berniaga di Syam.

Selepas Hasyim, kepimpinan Makkah bertukar ke tangan adiknya, al-Mutalib. Pada usia yang semakin tua, al-Mutalib teringatkan anak saudaranya di Yasrib. Al-Mutalib cuba mendapatkan kebenaran kakak iparnya untuk membawa Syaibah ke Makkahbagi mendidiknya dalam soal-soal kepimpinan.

Hamba al-Mutalib?
Syaibah berhak ke atas semua harta ayahnya yang ada di Makkah, termasuklah mewarisi kepimpinannya. Dengan kebenaran Salma, al-Mutalib pun membawa anak saudaranya itu ke Makkah. Menyangkakan pemuda yang dibawa oleh al-Mutalib itu hamba yang diperolehi dari mana-mana tempat, orang-orang Makkah memanggilnya ‘Abdul Mutalib’, yang bererti hamba kepada al-Mutalib.

Saja ditakut-takutkan orangorang Aus dan Khazraj. Kata mereka, “Sekarang sudah datang masanya seorang Nabi akan lahir. Kami akan ikuti dia dengan dia kami akan perangi kamu seperti pembunuhan atas kaum Aad dan Iram.”



Walaupun berkali-kali dijelaskan oleh al-Mutalib bahawa pemuda itu anak saudaranya dan bukan hambanya, namun sebutan Abdul Mutalib seperti tidak mahu tanggal dari bibir mulut orang-orang Makkah. Hinggalah akhirnya nama Syaibah langsung tidak dikenali orang melainkan nama Abdul Mutalib. Dialah datuk Rasulullah s.a.w. Di Yasrib juga bersemadinya jenazah ayahanda Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ke sana menziarahinya semasa kanak-kanak. Ada Rasul bercerita kepada beberapa orang Sahabat tentang kunjungan itu semasa berjalan-jalan bersama mereka di sekitar Madinah (nama Yasrib yang kemudiannya ditukar oleh Rasul).

PerkembanganYang Menarik
Selain itu, perkembangan semasa di Yasrib seperti sedang memperuntukkan ruang yang cukup baik untuk Rasul s.a.w. tampil ke muka. Sekali gus merintis laluan yang tidak sesukar di Makkah atau Thaif. Turning pointnya ialah perang saudara yang baru saja tamat antara dua etnik terbesar Yasrib; Aus dan Khazraj. Perang yang apikecilnya dinyalakan dan dimarakkan oleh jiran mereka, orang-orang Yahudi.

Selepas perang tamat, di kalangan golongan berpengaruh dari keduadua suku yang sebenarnya bertalian kerabat itu mula terfikir betapa sangat pentingnya kedamaian yang berpanjangan. Tidak ada peperangan sesama sendiri. Barangkali situasi demikian boleh dinikmati sekiranya mereka memiliki seorang pemimpin tertinggi.

Pemimpin yang melebihi kuasa dan pengaruhnya daripada ketua-ketua suku mereka. Agar kehidupan merekaakan menjadi lebih baik dan terurus. Tidak ada celah untuk anasir luar yang cuba memecah-belahkan perpaduan mereka.

Lalu dinamakan Abdullah bin Ubay (orang Khazraj) sebagai calon pilihan. Selain dengan maksud hendak mengambil hati orang-orang Khazraj yang kalah perang, Abdullah bin Ubay tidak ikut serta dalam perang saudara. Mungkin dengan dua sebab istimewa itu mampu meraih persetujuan ramai. Sementara itu dalam senario yang lain, orang Yasrib semakin ghairahbercakap tentang Nabi yang sudah muncul di Makkah. Beberapa orang pemuda di kalangan mereka telah bertemu Nabi itu semasa ke Makkah sebelum perang saudara meletus dahulu. Seorang di antara mereka berama Iyasbin Muaz, terus menerima seruan yang disampaikan tanpa bertangguh lagi.

Iyas pulang ke Yasrib membawa perkhabaran menggemparkan itu. Namun masa yang tidak kena (mood perang) menyebabkan cerita yang dibawanya kurang mendapat sambutan. Pun tetap menjadi perhatian kerana ia sangat menyedarkan mereka. Cerita tentang Nabi itu sudah selalu sangat mereka dengar sebenarnya.

Setiap pilihan datang daripada Allah

Kredit foto: Google Images
Orang-orang Yahudi yang menjadi jiran-jiran mereka selalu bercakapmengenai Nabi tersebut. Lebih-lebih lagi apabila berlaku pertengkaran panjang dengan mereka (orang Yahudi). Saja ditakut-takutkan orang-orang Aus dan Khazraj. Kata mereka, “Sekarang sudah datang masanya seorang Nabi akan lahir. Kami akan ikuti dia dan dengan dia kami akan perangi kamu seperti pembunuhan atas kaum Aad dan Iram.”

Nabi yang digambarkan oleh orangorang Yahudi itu sebagai seorang pemimpin yang sangat bersikap pembela. Sentiasa menjaga dan melindungi para pengikutnya. Nabi yang tidak mahu melihat umat hidup dalam sengketa atau penindasan. Kalau mereka menerima seruan yang dibawa oleh Nabi itu, sudah tentu keselamatan mereka akan dijamin. Nabi itu sudah pun muncul dan berada di Makkah. Pada musim haji tahun 11 kenabian, datang lagi tujuh orang pemuda Khazraj ke Makkah untuk mengerjakan haji. Seperti biasa, musim haji dipergunakan sepenuhnya oleh Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang dari luar Makkah. Menyeru kepada agama Islam sambil memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Inilah Orangnya!
Sebaik saja mendengar seruan dan dakwah Rasululullah s.a.w., tercengang orang-orang Khazraj itu. Saling berpandangan sesama mereka. Benar! Inilah orangnya. Dialah Nabi yang selalu disebut-sebutkan oleh orang-orang Yahudi kepada mereka. “Jangan sampai orang-orang Yahudi mendahului kita menerima seruan Nabi mulia ini,” kata seorang di antara tujuh pemuda itu.

Pulang mereka ke Yasrib membawa semangat dan harapan yang sangat besar untuk orang-orang Arab Aus dan Khazraj di tanah bertuah itu. Dan bagai dibuai rindu yang cukup menggoncang perasaan tatkala mendengar berita yang dibawa oleh tujuh orang pemuda itu. Kerinduan yang perlahan-lahan mula bersemi dari cerita orang-orang Yahudi yang memang terkenal mempunyai pengetahuan tentang al-Kitab. Kemudian disuburkan pula dengan cerita Iyas bin Muaz, dan kini menjadi semakin teguh merendang apabila tujuh orang pemuda itu juga mempersembahkan anekdot cerita yang serupa.

Atas dorongan iman dan tauhid yang tulus kepada Allah dan Rasul, tujuh pemuda itu menyebarkan pula apa yang telah mereka terima dari Rasulullah s.a.w. Seruan diterima dengan hati terbuka; seperti orang yang sudah lama dilanda kemarau mendapat hujan yang mencurah-curah.

Begitu rupanya Allah s.w.t. mempersiapkan laluan hijrah yang bakal dilalui oleh kekasih-Nya. Di sepanjang laluan itu nanti, ada banyak babak dan cerita yang cukup menarik dihayati. Ada ramai pengikut dan pencinta yang bersedia memberi taat dan bakti. Ada ruang yang sangat luas untuk Islam tidak lagi dikhianati. Tunggulah… tinggal beberapa tahun saja lagi!

“Aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku takkan menyalahi perintah-Nya dan Dia takkan menyia-nyiakan aku.” – kata-kata Rasulullah s.a.w. ketika ditanya oleh Sayidina Umar r.a. mengenai salah satu syarat dalam perjanjian Hudaibiyah yang dirasakan merugikan kaum Muslimin. Memang Allah tidak siasiakan Nabi dan kekasih-Nya. Ternyata, perjanjian itu banyak menguntungkan kaum Muslimin.

No comments:

Post a Comment